: : Koleksi Resipi Masakan Malaysia : :

Tuesday, November 15, 2005

Bihun Sayur

Ni sapa punya resipi ntah..hehe.. :-D
Klik 'comments' untuk lihat resipi.

1 Comments:

  • Bahan-bahan :
    Bihun 600 gm
    Sawi 300 gm
    Udang 150 gm
    Daging 150 gm
    Tauhu 4 keping
    Bawang putih 3 ulas
    Serbuk Lada 1 sudu teh
    Cili Merah 1 biji
    Minyak 1 sudu besar
    Garam secukup rasa

    Langkah-langkah :
    1 . Persediaan Ramuan
    a) Rendam bihun selama 2 jam. Jika tiada masa, celur bihun dalam air menggelegak.
    b) Apabila lembut toskan.
    c) Potong daging sebesar 1.5 cm x 1.5 cm dan rebus hingga empuk. Simpan airnya.
    d) Potong udang sebesar 2.5 cm.
    e) Potong sawi sepanjang 3 cm.
    f) Hiris bawang putih dan cili merah.
    g) Belah tauhu kepada 4 bahagian.

    2 . Langkah-langkah memasak bihun sayur.
    a) Panaskan minyak dalam kuali.
    b) Tumis bawang putih hingga kuning.
    c) Masukkan udang, daging, air rebusan daging dan kacau selama 5 minit.
    d) Masukkan sayur dan tauhu.
    e) Masukkan garam dan serbuk lada. Biarkan hingga mendidih.
    f) Masukkan bihun dan kacau supaya semua ramuan mesra.Apabila menghidang, tabur cili yang telah dipotong.

    By Blogger Bat, at 8:59 AM  

Post a Comment

<< Home