: : Koleksi Resipi Masakan Malaysia : :

Tuesday, November 15, 2005

Bihun Goreng Utara

Resipi hasil taipan saudari Azrulliza dari Kluang,Johor...
Klik 'comments' untuk lihat resipi :-D

1 Comments:

  • Bahan-bahan :
    Bihun kasar 600 gm
    Tauge 600 gm
    Kucai 300 gm
    Tauhu 300 gm
    Udang 150 gm
    Daging 150 gm
    Daun saderi 3 batang
    Daun bawang 3 batang
    Cili kering 10 biji
    Cili merah 6 biji
    Telur 3 biji
    Limau nipis 2 biji
    Bawang merah 4 labu
    Bawang putih 4 ulas
    Minyak 2 sudu
    Garam secukup rasa

    Langkah-langkah :
    1. Persediaan Ramuan
    a) Rendam bihun selama 1 jam untuk melembutkannya. Toskan.
    b) Mesin atau tumbuk cili kering.
    c) Potong daun saderi, daun bawang dan kucai sepanjang 1.5 cm.
    d) Hiris bawang merah dan goreng untuk dijadikan bawang goreng.
    e) Goreng tauhu dan kemudian potong 1 cm persegi.
    f) Rebus telur dan potong bulat-bulat.
    g) Bersihkan tauge dan toskan.
    h) Potong daging sebesar 1.5 cm persegi dan rebus hingga empuk. Ketepikan.

    2. Langkah-langkah memasak bihun goreng utara
    a) Panaskan minyak di dalam kuali.
    b) Tumis bawang putih dan cili mesin.
    c) Masukkan daging, udang, garam dan gula.
    d) Masukkan bihun dan kacau hingga sebati.
    e) Masukkan tauge, kucai dan kacau selama 5 minit.
    f) Apabila menghidang taburkan tauhu goreng, bawang goreng, cili merah, telur, daun saderi dan daun bawang.
    g) Perah limau nipis ke atas masakan.

    By Blogger Bat, at 8:50 AM  

Post a Comment

<< Home